Wahai Wanita, Harga Diri Anda, Andalah Yang Menentukan !!!

Renungkan lah wahai wanita..


Jika engkau seorang wanita sejati, anda patut merasa rugi sebab ketahuilah, lelaki amat berbangga sekali apabila dia dapat meletakkan tangannya keatas tubuh anda sedangkan dia tahu, dia tidak berhak berbuat begitu. Bedanya lelaki dengan wanita, lelaki tidak kehilangan apa-apa biar berapa banyak wanita yang berada disekelilingnya, tapi anda pasti rugi setiap kali ada tangan-tangan yang tidak berhak menyentuh di tubuh anda.

Hanya dengan sekali sentuh keindahan sudah musnah, kalau dua kali sentuh mungkin seluruh keindahannya tiada, kalau tiga kali sentuh tidak mustahil keindahan itu terkoyak. Jatuhlah harga dirinya tanpa siapa mempedulikannya lagi. Lihatlah kehidupan dari sudut yang begini. Agar dengan itu anda dapat memelihara diri daripada menjadi percobaan sang lelaki yang hanya ingin meletakkan  noda keatas diri anda.

Apa untungnya di-gilai dan disukai, kemudian berkorban sesuatu apabila ditagih atau diragut dengan kasar, kemudian anda ditinggalkan pergi. Di manakah nilai anda setelah jatuh ke tanah dan kedua-dua belah sayap anda telah tiada.

CA PPOB BTN

Wahai wanita, kasihilah diri anda dengan menjadikan diri anda berharga. Nilai anda tentu terletak pada harga diri yang hanya sanggup dibayar oleh seorang lelaki dengan harga kejujuran. Apalah artinya digilai kalau yang menggilai hanya lelaki yang tidak tahu diri.

Anda sama sekali tidak berharga biarpun tinggi nilainya di mata lelaki yang taunya melihat anda sebagai ‘alat’.Tapi anda ibarat mutiara dipuncak bukit di mata seorang lelaki yang jujur. Memang sulit dan sangat sedikit untuk mencari mereka. Biarlah begitu , sebab lebih baik berhati hati dalam memilih daripada salah pilih. ingatlah..Lelaki terbaik tidak mudah ditemui di mana mana. Dia satu dalam seribu. Sudah tentu untuk mencarinya sulit. dan  Itu lebih baik daripada salah memilih, kesudahannya hanya mencemarkan hidup anda.

Biarlah hidup sendiri dan  mendapatkan pahala daripada hidup berdua tetapi menjadi pencetus dosa ke neraka. Biarlah hidup seorang diri dan berenang menuju TUHAN dengan bahagia, daripada hidup berdua dan merasakan diri tidak puas dan  menggoda untuk lelaki lain. Biar hidup sendiri dan masih dapat menjaga harga diri  daripada dikelilingi lelaki tetapi telah hilang keperawanan.

Biar lambat bertemu jodoh tetapi tinggi pribadi daripada cepat jodohnya tetapi tidak lama ditinggalkan pergi. 

WAHAI WANITA, HARGA DIRI ANDA, ANDA YANG MENENTUKAN.


Note: Wanita dijadikan dari tulang rusuk kiri, bukan dari tulang kepala untuk memerintah lelaki dan bukan juga tulang kaki untuk menghamba diri pada lelaki, tetapi tulang yang dekat dengan jantung lelaki…untuk merasakan setiap degup jantung lelaki yang mencintainya dengan penuh kehormatan dan kasih sayang.”

0 Response to "Wahai Wanita, Harga Diri Anda, Andalah Yang Menentukan !!!"

Post a Comment